Percutian kami dah dirancang selama 6 bulan yang lepas.
Ini kisah hari pertama:
Perjalanan kami di hari pertama bermula pada jam 10 pagi. Naik erl pada jam 1150 dan tiba di KLIA jam 12.10 tghari. Selepas check in luggage, kami ronda dan makan di McD. Dah lama tak naik MAS ni, so apa lagi sesi amik2 gambar...eh tak kisah la orang tengok pelik pun...
Flight berlepas jam 2.00 petang dan tiba di KK pada 4.30 petang.
Dengan menaiki teksi RM 30 sehala kami ke Horizon Hotel. Selesai check in, masuk ke bilik..wah cantik juga dekorasi hotel ni....
Best: hotel baru, bersih dan selesa
Breakfast: Ok...
Lokasi: Terbaik..depan tu sahaja ke Gaya Market yang terkenal itu, dan dalam 10 minit berjalan ke pasar Filipina yang terkenal ...
No comments:
Post a Comment